Carikata 3.0 Edisi Premium

whatsapp
013-634 2828

Hotline

phone
gambar produk

Soalan Lazim

Setiap unit produk boleh 'install' pada berapa komputer?
Setiap unit produk hanya mempunyai satu lesen. ini bermakna hanya satu komputer sahaja yang boleh dipasang (install) perisian ini. Walaubagaimanapun, sekiranya anda mempunyai lebih dari satu komputer, kami memberikan diskaun untuk pembelian lebih satu unit.



Adakah penggunaan perisian ini mempunyai had masa penggunaan?
Tidak. Tiada had masa. Lesen yang diberikan adalah sepanjang hayat.


Bagaimana kalau komputer yang menggunakan perisian ini rosak dan perlu menukar komputer?

Sekiranya komputer rosak, anda masih boleh menggunakan perisian ini pada komputer baru.
Anda hanya perlu hubungi kami dan berikan 2 maklumat berikut :-

        i) Kod siri (ada disertakan dalam kotak CD)
        ii) Kod komputer (ada dipaparkan semasa pemasangan (installation)
Pihak kami akan membantu menyelesaikan pendaftaran pada komputer baru anda.


 

Boleh tak saya cuba dulu perisian "Carikata 3.0 Edisi Premium"?
Boleh! Tiada masalah. Anda boleh muat turun perisian lengkap ini secara PERCUMA dan boleh menggunakan selama 15 hari secara PERCUMA!
Sila muat turun perisian penuh dari 'Link' ini... >>> Free Download


Adakah perisian ini boleh guna pada Macbook (komputer Apple)?
Tidak, Carikata 3.0 Edisi Premium hanya boleh digunakan pada 'Operationg System' Windows sahaja. Buat masa ini sistem Mac OS masih belum dapat menggunakan perisian ini. Tetapi sekiranya komputer Apple anda menggunakan Windows OS, anda boleh install Carikata 3.0 Edisi Premium.
 

 

Perlukah sambungan internet untuk menggunakan perisian ini?
Perisian ini boleh digunakan tanpa talian internet kecuali ketika penggunaan e-Terjemah SAHAJA.
Ketika penggunaan e-terjemah, sistem perisian Carikata 3.0 Edisi Premium memerlukan rujukan data yang sangat besar dan data ini tidak sesuai sekiranya disimpan di dalam komputer anda. Kesemua data disimpan di server kami dan anda memrlukan sambungan internet hanya semasa penggunaan e-Terjemah. Untuk penggunaan perisian lain seperti e-kamus, e-pustaka, semak eja, e-jawi dan fungsi-fungsi lain, anda tidak memerlukan sambungan internet.